Posts

Showing posts from April 16, 2017

Urus Niaga Dalam Talian

Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Perdagangan secara talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan rakyat di Malaysia. Namun, terdapat banyak kesan positif dan negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem elektronik ini. Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa sempadan ini adalah dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses internet. Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan tenaga kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian. Pengg...

Punca Penularan Gengsterisme Dalam Kalangan Remaja

Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala gengsterisme. Gengsterisme atau samseng dapat ditakrifkan sebagai perlakuan ganas yang mencederakan fizikal dan menjejaskan emosi serta mental seseorang seperti memukul, membuli, mengugut dan sebagainya. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes gengsterisme juvana telah m...

Pencemaran Air

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. Punca Berlakunya Pencemaran Air Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan la...

Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini. Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalu...

Kepentingan Menguasai Bahasa Inggeris

Dalam mengejar era globalisasi ini, pelbagai kemahiran harus dikuasai oleh individu bagi melonjakkan kecemerlangan masing-masing ke peringkat antarabangsa. Adakah anda pernah memikirkan persediaan kita sebagai warganegara Malaysia yang tercinta ini untuk bersaing dengan masyarakat seantero dunia?Adakah pencapaian kita yang sedikit ini mampu menyaingi mereka? Sebenarnya, antara isu yang diketengahkan dan diuar-uarkan oleh pemimipin kita, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ialah kita harus sentiasa berusaha untuk memperkenalkan negara di persada antarabangsa. Oleh itu, setiap individu perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana bahasa ini merupakan bahasa kedua yang digunakan di kebanyakan negara dan merupakan lingua franca masyarakat antarabangsa. Malangnya,majoriti masyarakat luar bandar negara kita tidak fasih berbahasa Inggeris. Golongan ini tidak membiasakan diri mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan harian kerana bahasa Inggeris m...

Kempen Galakan Membaca Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Para ahli bijak pandai ada menyatakan bahawa orang yang mendapat kebahagiaan hidup ialah orang yang menimba ilmu pengetahuan. Ada juga yang beranggapan bahawa kejayaan seseorang diukur berdasarkan kekuatannya tetapi sebenarnya ‘kekuatan’ itu merujuk kepada kekuatan dan kekayaan ilmu pengetahuan. Bagaimanakah lagi caranya untuk memperkaya ilmu pengetahuan? Tentulah melalui jambatan ilmu iaitu membaca. Marcapada ini, pelbagai kempen galakan membaca sedang dan telah dilaksanakan di negara ini, namun keberkesanan kempen masih tidak menyeluruh kerana tidak mendapat sambutan masyarakat. Masa inilah saatnya untuk tenaga semua pihak yang bersepadu digemblengkan bagi membentuk masyarakat yang gemar membaca. Minat membaca dalam setiap ihsan seharusnya dipupuk sejak kecil lagi. Para ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak kerana kanak-kanak seperti sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorak dan mewarnai kehidupannya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mewujudkan suasan...

Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan

Ledakan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigm ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan? P...

Harta Intelek

Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan lagi tahap inovasi,ekonomi dan membentuk sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan.Dalam pada masa yang sama juga,kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.Perkara ini membuktikan bahawa harta intelek banyak memberi kepentingan kepada negara. Kepentingan bidang harta intelek ini dapat menyentuh dan mempengaruhi kehidupan di setiap lapisan masyarakat.Sebagai contohnya, karya-karya berhakcipta seperti muzik dan filem yang menjadi medium hiburan kita, rekabentuk perindustrian yang merubah dunia kita, dan cap dagangan yang memberi keyakinan tentang kualiti produk dan perkhidmatan pasaran kita.Tambahan lagi, paten-paten yang ada mewujudkan rekacipta dan teknologi baru untuk keselesaan kehidupan kita. Oleh itu, bidang harta intelek dapat memberikan impak ...

Isu Filem Seram, Tahyul dan Ganas [Memorandum]

Kepada : Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Daripada : Pertubuhan Pencinta Seni Tajuk : Bantahan Terhadap Lambakan Filem Seram, Tahyul dan Ganas di Negara Kita. 1.0 Pendahuluan Akhir-akhir ini wujud satu trend baharu iaitu kita disogokkan dengan filem yang berunsur seram, tahyul dan ganas. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan impak yang negatif terhadap remaja dan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, golongan yang suka menonton filem yang bercorak sedemikian ialah golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur seram, tahyul dan ganas yang terdapat dalam adegan filem tersebut. Kerjasama dan perhatian daripada pihak atau agensi yang bertanggungjawab amat penting untuk menangani permasalahan ini. 2.0 Penyataan Masalah Berhubung dengan masalah di atas, kami sebagai ibu bapa yang prihatin daripada Pertubuhan Pencinta Seni ingin melahirkan rasa kebimbangan kami ini agar mendapat perhatian dan pertimbangan yang wajar...

Wabak penyakit berjangkit dan amalan gaya hidup sihat

Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Di Malaysia khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di media cetak, elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidp yang sihat. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat. Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan akan...

Faktor-faktor berlakunya kerosakan kemudahan awam

Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta adalah untuk kegunaan orang ramai. Akan tetapi, ada kemudahan yang disediakan itu telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contohnya, mereka merosakkan kemudahan awam seperti memutuskan gagang telefon awam, menconteng dinding tandas awam, merosakkan alat permainan di taman permainan kanak-kanak dan sebagainya. Perkara itu menyebabkan orang lain pula yang akan menerima kesannya kerana tidak dapat menggunakannya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemudahan awam ini dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang kita sedia maklum, antara faktor yang menjadi puncanya disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral di rumah. Hal ini demikian kerana ahli keluarga itu sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik serta tidak menitikberatkan soal agama dan moral dalam kalangan ahli keluarga. Oleh itu, mereka merosakkan kemudahan awam tanpa memikirkan kesusahan yang akan dihadapi oleh ...

Punca dan Langkah Mengatasi Hujan Asid

Hujan Asid   Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh permintaan dalam bidang industri maka penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil dibakar secara berleluasa. Pembakaran bahan api fosil ini akan menghasilkan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Gas-gas ini apabila bergabung dengan air hujan akan menghasilkan hujan asid. Punca-punca Hujan Asid Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia atau pun berlaku secara semula jadi. Punca daripada kegiatan manusia Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera. Proses peleburan bijih timah : peleburan ya...

Punca dan langkah mengatasi jenayah ragut

Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita. Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa. Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehi...

Kebaikan & Keburukan Laman Sosial

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja. Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sam...

Kebaikan Kerja Kerja Amal

Kerja-kerja amal seperti menolong membersihkan rumah warga tua dan memungut derma untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik banyak mendatangkan kebaikan kepada remaja, masyarakat dan negara. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.   Firman Allah dalam surah al-Zalzalah, ayat 7 hingga 8 yang ber­maksud "Sesiapa yang melakukan amalan baik walaupun sebesar zarah sekalipun pasti akan diperlihatkan amalannya dan sesiapa yang melakukan amalan jahat walaupun sebesar zarah, pasti akan diperlihatkan amalannya”. Demikian­lah peringatan Allah terhadap hamba-hamba-Nya supaya sentiasa melakukan amalan kebajikan. Hal ini demikian kerana apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara yang masih kekal iaitu sedekah dan derma yang digu­nakan untuk kebaikan, ilmu yang bermanfaat yang digunakan untuk kesejahteraan manusia dan anak-anak yang sering mendoakan ke­sejahteraan ibu bapanya. Mafhum daripada hadis ini jelas me­nun...