Posts

Showing posts from August 5, 2018

Punca-Punca Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan ...

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Telefon Mudah Alih Dalam Kalangan Remaja

Pada masa ini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ? Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. boleh menghubungi sesiapa sahaja melalui talian telefon bimbit. Mereka juga boleh menggunakan system pesanan ringkas (SMS) dan sistem pesanan multimedia (MMS). Hal ini membolehkan pesanan disampaikan dengan mudah dan cepat. Di samping itu, hal ini dapat merapatkan hubungan antara manusia kerana seseorang dapat menghubungi sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak...

Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar

Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, telefon bimbit digunakan dengan meluas dalam kalangan masyrakat. Pada suatu masa dahulu, telefon bimbit dianggap sebagai barangan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang selain bentuknya yang besar dah sukar dibawa. Namun, selepas kita memasuki alaf baru, pengguna telefon bimbit meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan harganya yang jauh lebih murah selain bentuknya yang lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Kini, tidak hairanlah hampir semua penduduk dunia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Pelajar sekolah pula tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kecanggihan malah ada juga yang telah pun mempunyai telefon. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan implikasi yang pelbagai kepada para pelajar. Persoalannya, apakah implikasi yang akan diterima oleh para pelajar jika mereka menggunakan telefon bimbit dengan bijak ...

Punca Dan Langkah Mengatasi Jenayah Ragut

Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita. Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa. Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam...