Langkah-langkah menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia
Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya. Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau...