Posts

Showing posts from August 21, 2022

Punca Budaya Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

  Contoh Karangan Punca Budaya Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah   Lewat kebelakangan ini, kes buli sering dilaporkan melalui media massa. Masalah ini bukanlah gejala baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin melampau kebelakangan ini sehingga menyebabkan kematian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasannya orang yang lemah, dengan tujuaan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah iaitu pr...

Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini

  Contoh Karangan Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT. Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet. Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang...

Kepentingan Amalan Gaya Hidup Sihat

  Contoh Karangan Kepentingan Amalan Gaya Hidup Sihat   Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan s...

Baik Buruk Ipad/Android Terhadap Kanak-Kanak

  Contoh Baik Buruk Ipad/Android Terhadap Kanak-Kanak   Apakah kesan baik dan buruk kanak-kanak untuk masa depan jika bapa membiarkan mereka menggunakan ipad/android? Kehadiran teknologi seperti ipad yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada masa kini bukan sahaja terkesan bagi golongan dewasa, malahan juga dapat mempengaruhi cara pendidikan awal kanak kanak. Ibu bapa juga bersetuju teknologi boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan dan hiburan kepada anak- anak. Namun secara tidak sedar, seperti juga perkara lain, jika pendedahan kepada ipad dan android samada internet, games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap golongan kanak kanak, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi perkembangan minda dan fizikal kanak kanak, ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik.   Kesan Buruk 1. Menganggu waktu tidur Mendapat tidur yang cukup begitu mencabar bagi anak-anak yang selalu sibuk pada ...

Krisis Kekurangan Bekalan Makanan

Karangan Tentang Krisis Kekurangan Bekalan Makanan Contoh Karangan Krisis Kekurangan Bekalan Makanan Sejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan.    Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun.Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan ter...

Esei / Karangan Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos

  Esei / Karangan Tentang Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos   Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan penuh semangat oleh Allahyarham Bapa Kemerdekaan kita sewaktu negara menikmati kebebasan daripada belenggu penjajah. Laungan yang sama akan terus berulang. Namun, kelihatankah lagi bauran perasaan sayu, insaf dan gembira seperti dulu? Atau kita sekadar tidur sebantal, tetapi dilamuni mimpi masing-masing?   S ambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun memang membawa makna yang besar kepada masyarakat dan negara. Sambutan ini memberi makna bahawa kita memiliki sebuah negara berdaulat. Usia kemerdekaan yang sudah mencapai 52 tahun ini tidak seharusnya melalaikan kita daripada mengingati negara. Sambutan ini diadakan agar rasa cinta akan negara di kalangan generasi baru dapat terus disemai Rasa cinta yang mendalam di kalangan rakyat akan menjanjikan negara terus mencapai kemajuan. Sebarang bibit perpecahan dan ancaman terhadap kestabilan negara akan dapat ditangkis...

Karangan kesan sambutan hari kemerdekaan

Karangan kesan sambutan hari kemerdekaan    Antara kesan-kesan yang dapat kita perolehi daripada sambutan hari kemerdekaan. Individu Dapat memupuk semangat patriotisme/cinta akan negara dalam diri Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung. Dapat mengukuhkan jati diri Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah y...

Karangan krisis kekurangan bekalan makanan

Contoh Karangan krisis kekurangan bekalan makanan S ejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan.   Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan yang melebihi penwaran bekalan makanan ...

Implikasi Covid-19 Terhadap Sosioekonomi Negara

Karangan Tentang Implikasi Covid-19 Terhadap Sosioekonomi Negara    Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan virus Corona iaitu COVID-19 yang telah meragut beribu nyawa dan menular di serata dunia. Keghairahan menerjah ambang 2020 menjadi suram apabila pada 19 Disember 2019, virus ini mula dikesan telah menyebabkan kematian yang berlaku di wilayah Wuhan, China. Penularan virus ini yang begitu cepat ke serata dunia telah mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada sesebuah negara amnya dan kepada dunia khususnya. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita Malaysia yang turut tempias dek virus ini yang mudah disebarkan tanpa kita sedari. Namun begitu, pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyidin Yasin baru-baru ini tentang kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak ini amatlah tepat seperti dilakukan Singapura kerana Malaysia masih lagi berada pada tahap awal jangkitan COVID-19 walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisy...

Punca Kenaikan Harga Barangan di Malaysia

Contoh Karangan Punca-punca Kenaikan Harga Barangan di Malaysia   Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Rakyat Malaysia sangat mengambil berat terhadap isu kenaikan barangan kerana hal ini akan menjejaskan kehidupan oleh setiap golongan rakyat. Isu kenaikan harga barangan biasanya berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang lain turut menyebabkan kenaikan harga barang ini. Kenaikan harga minyak Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Harga minyak yang meningkat secara mendadak di pasaran antarabangsa telah memberi kesan kepada setiap produk yang dikeluarkan kerana melibatkan kos perkhidmatan penghantaran. Petroleum juga merupakan bahan keperluan di kilang untuk mengerakkan jentera. Kos untuk mengeluarkan barangan akan meningkat dan peniaga akan memindahkan kenaikan kos kepada pe...