Faktor-faktor berlakunya kerosakan kemudahan awam
Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta adalah untuk kegunaan orang ramai. Akan tetapi, ada kemudahan yang disediakan itu telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contohnya, mereka merosakkan kemudahan awam seperti memutuskan gagang telefon awam, menconteng dinding tandas awam, merosakkan alat permainan di taman permainan kanak-kanak dan sebagainya. Perkara itu menyebabkan orang lain pula yang akan menerima kesannya kerana tidak dapat menggunakannya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemudahan awam ini dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Seperti yang kita sedia maklum, antara faktor yang menjadi puncanya disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral di rumah. Hal ini demikian kerana ahli keluarga itu sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik serta tidak menitikberatkan soal agama dan moral dalam kalangan ahli keluarga. Oleh itu, mereka merosakkan kemudahan awam tanpa memikirkan kesusahan yang akan dihadapi oleh orang lain. Jadi, tanpa didikan agama dan moral daripada keluarga, perkara ini akan menyebabkan remaja tidak dapat membezakan perkara yang baik atau buruk. Hal ini menunjukkan bahawa didikan agama dan moral yang kurang dititikberatkan oleh ibu bapa menjadi faktor kemudahan awam dirosakkan.
Faktor lain kemudahan awam dirosakkan ialah remaja terpengaruh oleh perbuatan yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka. Perkara ini berlaku kerana mereka mencontohi tindakan rakan-rakan yang lain. Kebiasaannya, remaja akan mengikut tindakan rakan yang melakukan kerosakan terhadap kemudahan awam, seperti merosakkan pam atau singki tandas. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan kesulitan kepada orang lain yang hendak menggunakannya. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh rakan merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Kita juga sedar bahawa perkara itu disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak prihatin dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Perkara ini menunjukkan bahawa kebanyakan anggota masyarakat lebih mementingkan urusan mereka sendiri. Tindakan itu boleh diibaratkan seperti “katak di bawah tempurung” kerana mereka tidak menghiraukan perkara yang sedang berlaku. Hasilnya, gejala ini tentunya menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu terus merosakkan kemudahan awam. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap masyarakat yang tidak prihatin merupakan salah satu daripada faktor yang menyebabkan kemudahan awam dirosakkan.
Selain itu, kemudahan awam yang disediakan oleh pihak tertentu itu dirosakkan oleh orang yang hendak meluahkan perasaan marah mereka. Hal ini disebabkan oleh mereka tidak ada tempat lain untuk meluahkan perasaan selain merosakkan kemudahan awam yang disediakan. Perkara ini jelas terbukti seperti kata-kata kesat dan lucah yang terdapat di dinding tandas-tandas awam dan di pondok telefon awam. Orang yang tidak bertanggungjawab itu mungkin akan berasa lega dengan tindakannya itu. Sesungguhnya, perkara ini menunjukkan bahawa faktor orang yang hendak melepaskan perasan marah atau geramnya menyebabkan kemudahan awam dirosakkan.
Seterusnya, faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah penguatkuasaan undang-undang yang lemah atau tidak tegas. Hal ini demikian kerana pihak berkuasa tidak bertindak dengan tegas atau mengenakan denda yang berat terhadap pihak yang merosakkan kemudahan awam. Perkara ini menyebabkan orang yang tidak bertanggungjawab semakin berani untuk merosakkan kemudahan awam. Namun demikian, orang yang memerlukan kemudahan awam tersebut pula yang terpaksa menanggung akibat buruknya. Oleh itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang menjadi faktor penyumbang terhadap masalah ini.
Selain itu, kemudahan awam juga sering dirosakkan kerana kurang pemantauan dan penyelenggaraan daripada pihak yang bertanggungjawab. Masalah ini akan menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu merosakkan kemudahan awam tersebut. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kekurangan kakitangan daripada pihak berkuasa yang hendak membuat pemantauan ataupun perbelanjaan untuk menyelenggarakan kemudahan awam itu sudah habis digunakan. Akibatnya, kemudahan awam yang dirosakkan itu akan terus terbiar dan perkara itu akan menjejaskan kebersihan atau keselesaan kita. Jadi, sememangnya faktor ini membuktikan bahawa masalah kurang pemantauan atau penyelenggaraan menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Sebagai kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa masalah kemudahan awam yang dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini perlu ditangani dengan berkesan. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini agar tidak menjadi lebih serius. Sekiranya perkara ini tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, masalah ini akan menyebabkan imej negara tercemar akibat tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. Kita haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini sebelum menjadi barah dalam masyarakat. Akhirnya, kita berharap agar kemudahan awam dapat digunakan dan dinikmati oleh orang ramai.

Comments
Post a Comment