Kebaikan Dan Keburukan Mengadakan Rumah Terbuka
Karangan Tentang Kebaikan Dan Keburukan Mengadakan Rumah Terbuka Lirik lagu dendangan M. Nasir ini telah mengimbau kembali peristiwa sewaktu saya menghadiri majlis rumah terbuka yang dikendalikan oleh kerajaan Malaysia pada tahun lepas. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri tersebut diadakan di Dataran Bandar Raya Johor Bahru yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 11 malam. Sambutan majlis gilang-gemilang ini sangat meriah dan hangat kerana dihadiri oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada multietnik. Acara ini sungguh istimewa kerana dihadiri oleh Menteri Besar Johor, YB Dato Haji Abdul Ghani bin Othman bagi bersama-sama memeriahkan suasana. Tidak dilupakan penyanyi jemputan iaitu Jamal Abdilah turut hadir untuk menghiburkan para tetamu yang sedang menjamu selera. Para pengunjung tidak putus-putus datang bagi menghadiri majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Persoalannya di sini, mengapakah kerajaan begitu beriya-iya menganjurkan majlis seumpama ini sehingga turut dihadiri ole...