Posts

Showing posts from February 19, 2017

Kesan Pembalakan Haram

Hutan merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan telah membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan telah membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan telah menyaksikan dampak yang ketara kepada negara. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi 1001 masalah di hari muka.  Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan le

Kesan-Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.  Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin

Kesan Positif Dan Negatif Industri Pelancongan

Karangan Tentang Kesan Positif Dan Negatif Industri Pelancongan Industri pelancongan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang semakin berkembang pesat di negara kita. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr. Ong Hong Peng, pada suku pertama tahun 2010 jumlah pelancong yang datang ke negara kita telah meningkat kepada 5.75 juta orang berbanding hanya 5.46 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2009. Oleh itu, pada tahun 2010, Malaysia dijangka mencatatkan pendapatan sehingga RM57 bilion hasil industri pelancongan berikutan pengukuhan ekonomi domestik dan global. Namun begitu, perkembangan pesat sektor pelancongan di negara kita turut mendatangkan pelbagai kesan kepada budaya tempatan. Jadi, kesan positif dan kesan negatif sektor pelancongan terhadap budaya negara kita akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Kesan positif pelancongan terhadap budaya tempatan ialah industri pelancongan dapat membantu dalam memupuk persefahaman antara masyarakat sejagat. Mel

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita? Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat bersejarah ini kerana kita meng

Keburukan Makanan Segera

Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa.  Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terd

Punca Dan Usaha Untuk Menangani Keracunan Makanan Dalam Kalangan Murid Sekolah

Sejak kebelakangan ini, kes keracunan makanan kerap berlaku di sekolah-sekolah. Isu ini bukanlah isi baharu kerana sebelum ini kes yang sama juga telah sering dilaporkan. Oleh itu, sebagai manusia yang dijadikan sebagai khalifah oleh Allah di dunia ini, kita perlu prihatin dengan kes keracunan makanan yang hangat dibincangkan ini. Malangnya, masyarakat kita kurang faham akan masalah ini sehinggakan pelbagai usaha untuk membendungnya masih kurang berhasil. Persoalannya di sini, apakah punca-punca yang menyebabkan belakunya masalah ini? Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama memikirkan punca-punca dan usaha-usaha untuk menangani kes keracunan makanan ini.            Kes keracunan makanan yang sering berlaku di kebanyakan sekolah pada hari ini disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan yang tidak bersih. Pihak pengusaha kantin tidak memastikan bahan-bahan mentah yang hendak dimasak, dicuci sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Akibatny

Faedah-Faedah Melancong Dalam Negara Sendiri

Dewasa ini halwa telinga dan mata kita sering dihidangkan dengan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat untuk melancong dalam dan luar negara. Persoalannya, apakah faedah melancong dalam negara sendiri? Pelbagai maslahat melancong dalam negara telah dikenal pasti. Salah satu daripadanya ialah semangat patriotisme dapat ditanam dalam sanubari setiap individu. Hal ini adalah kerana, apabila melawat tempat-tempat dan bangunan bersejarah seperti Chimney Labuan, bandar Melaka, Stadium Merdeka, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, secara tidak langsung semangat biar putih tulang jangan putih mata dapat dibangkitkan.Tambahan pula, lokasi sedemikian turut memaparkan penderitaan dan kepayahan hidup pada zaman penjajah. Tegasnya, semangat patriotisme pasti dapat disemai dengan melancong dalam negara sendiri. Selain itu, melancong dalam negara juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan antara anggota keluarga terutamanya mereka yang jauh di mata t

Amalan Berbudi Bahasa Semakin Diketepikan Dan Langkah Mengatasi

Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini boleh dikatakan sebagai sikap bersopan ketika remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara sikap berbudi bahasa itu meliputi memanggil orang lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang tua, dan tidak menggunakan bahasa kesat ketika bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak pihak berpendapat remaja kita semakin kesampingkan nilai-nilai ini? Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan kasih sayang dan kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu memburu dunia kebendaan itu membawa ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang betul kepada anak. Ada juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan kaedah materialistik untuk mengatasi kesibukan mereka bekerja itu dalam mendidik anak. Akibatnya, kepincangan akhlak dan semakin menghilangnya budi bahasa berlaku dalam kalangan remaja dalam kadar yang begitu pantas serta meluas. Selain itu, kewujudan pelbagai media

Peranan Wanita Dalam Pembangunan Negara

Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Kita masih belum menyedari bahawa dalam kelembutan wanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita. Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan negara kini ini. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang berupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia. Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan ini boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Kejayaan mereka mendidik anak menjamin satu kelompok masyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka pada masa hadapan. Jelaslah, wanita di negara ini berperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadi satu generasi yang memiliki semua cirri-cir

Langkah-Langkah Atasi Pengangguran Di Malaysia

Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak. Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pemban

Kesan-Kesan Kenaikan Harga Barangan Keperluan Dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasinya

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini,kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah. Hal ini menyebabkan kesan-kesan kenaikan harga barang keperluan berlaku. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata pepatah, “ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Kesan-kesan kenaikan harga 1) Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah Kenaikan harga barangan telah memberikan kesan kepada semua orang. Antaranya ialah masalah ini akan menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit. Hal ini berlaku demikian kerana kuasa beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan dapur semakin meningk

Gejala Skim Cepat Kaya

Aktiviti ini ialah aktiviti pengambilan deposit wang tanpa lesen iaitu individu atau pihak penganjur tidak mendapat kelulusan mengambil deposit wang daripada individu yang dilusluskan oleh Bank Negara Malaysia. Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya” di mana kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya bergantung kepada terma-terma dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan balik dengan faedah atau keuntungan yang tinggi seperti dijanjikan bagi setiap wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada kadar faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Penganjur ini juga pandai menyembunyikan diri daripada dihidu oleh pihak berkuasa dengan menjalankan aktiviti di merata tempat di seluruh Malaysia, yang mana setiap minggu modus operandinya akan bertukar. Akibat pelaburan sindiket seperti ini, seramai 150,000 pelabur yang dikesan me

Fungsi Sukan Dalam Pembangunan Negara

Kebanyakan anggota masyarakat di negara ini meminati sukan. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur sukan kepada orang ramai. Kini, padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan yang lain dibina di kawasan tertentu. Kesediaan pihak kerajaan berbuat demikian adalah atas kesedaran bahawa sukan bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu tetapi juga memberikan sumbangan ke arah pembangunan negara.  Pakar-pakar kesihatan mengakui bahawa aktiviti sukan penting untuk kesihatan. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa bermain bola sepak, badminton, dan olahraga misalnya, semua organ dalam badan seseorang menjadi aktif. Jantung akan berfungsi dengan baik. Pembakaran lemak juga berlaku dan badan akan mengeluarkan peluh. Dengan demikian, masalah lebihan lemak dalam badan dapat dielakkan dan badan menjadi sihat. Kesihatan fizikal akan mempengaruhi kesihatan mental individu. Masyarakat y