Isu Filem Seram, Tahyul dan Ganas [Memorandum]
Kepada : Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Daripada : Pertubuhan Pencinta Seni
Tajuk : Bantahan Terhadap Lambakan Filem Seram, Tahyul dan Ganas di Negara Kita.
1.0 Pendahuluan
Akhir-akhir ini wujud satu trend baharu iaitu kita disogokkan dengan filem yang berunsur seram, tahyul dan ganas. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan impak yang negatif terhadap remaja dan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, golongan yang suka menonton filem yang bercorak sedemikian ialah golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur seram, tahyul dan ganas yang terdapat dalam adegan filem tersebut. Kerjasama dan perhatian daripada pihak atau agensi yang bertanggungjawab amat penting untuk menangani permasalahan ini.
2.0 Penyataan Masalah
Berhubung dengan masalah di atas, kami sebagai ibu bapa yang prihatin daripada Pertubuhan Pencinta Seni ingin melahirkan rasa kebimbangan kami ini agar mendapat perhatian dan pertimbangan yang wajar daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana kesannya akan mempengaruhi remaja yang akan menjadi pemimpin negara kita pada masa akan datang. Salah satu punca yang dikenal pasti menyebabkan remaja menggemari filem yang bercorak sedemikian ialah filem itu berupaya untuk menghiburkan dan memberikan kepuasan kepada mereka yang menontonnya.
3.0 Bantahan Terhadap Perkara Tersebut

3.1 Mempengaruhi emosi remaja
Kami,
ahli-ahli Pertubuhan Pencinta Seni bersepakat dan bersatu hati ingin
menyatakan bantahan kami terhadap filem-filem yang bercorak seram,
tahyul dan ganas yang sering disiarkan di pawagam dan di televisyen.
Perkara ini tentunya akan mempengaruhi emosi remaja yang belum matang.
Emosi mereka akan terganggu dan menyebabkan masalah ketidakstabilan
emosi akibat pengaruh filem tersebut.
3.2 Menjejaskan akidah dan kepercayaan
Filem-filem
yang bercorak sedemikian juga boleh menjejaskan akidah dan kepercayaan
mereka terhadap agama. Kemungkinannya mereka akan mempercayai
unsur-unsur yang terdapat dalam filem itu melebihi kepercayaan mereka
terhadap Allah. Perkara ini akan menghakis keimanan dan kepercayaan
mereka terhadap keesaan Tuhan. Kesan seterusnya, pegangan mereka
terhadap agama akan menjadi longgar dan mereka mungkin mempercayai kuasa
lain yang melebihi kekuasaan Allah.
3.3 Tidak menyumbang ke arah kemajuan
Unsur-unsur
daripada filem yang bercorak sedemikian yang ditonton oleh remaja
terutamanya tidak menyumbang ke arah kemajuan. Hal ini demikian kerana,
pengaruh daripada filem itu tidak mendatangkan kesan atau impak yang
baik untuk dicontohi, malahan mereka lebih cenderung untuk mencuba
perkara yang negatif. Mereka akan percaya dan menyebabkan mereka leka
dengan unsur-unsur yang terkandung dalam filem tersebut. Seterusnya,
perkara ini mengundang bahaya kerana mereka mempercayai perkara-perkara
mistik dan keganasan dalam kehidupan seharian.
3.4 Melahirkan masyarakat yang ganas dan mempercayai kepercayaan karut
Pengaruh
daripada filem itu berupaya atau berpotensi untuk membentuk masyarakat
yang ganas dan mempercayai kepercayaan karut. Hal ini demikian kerana,
para remaja mudah terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat dalam
filem-filem tersebut. Mereka yang masih belum matang akan meniru aksi,
gaya, atau perlakuan pelakon-pelakon filem tersebut. Gaya atau aksi
ganas dalam filem itu akan diaplikasikan terhadap rakan-rakan di
sekolah. Seterusnya perkara ini akan berakar umbi dalam hati dan jiwa
mereka hinggalah mereka dewasa.
4.0 Cadangan Tindakan
4.0 Cadangan Tindakan
4.1 Mengenakan Syarat Tapisan yang Ketat
Dengan
berdasarkan impak negatif yang banyak daripada filem-filem tersebut,
kami menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat
terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif
tersebut daripada menular dalam jiwa para remaja yang menontonnya. Pihak
kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh
pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan
remaja. Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu
dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan
filem.
4.2 Mengenakan denda atau hukuman yang berat
Kami
mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat
kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal
ini dirasakan penting untuk mengelakkan para remaja kita daripada impak
negatif filem-filem tersebut. Denda dan hukuman yang berat itu
sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk
melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Sebagai contohnya,
pengeluar filem yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan
hukuman penjara mandatori agar dia tidak dapat mengeluarkan filem yang
sama.
5.0 Penutup
Sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang prihatin, kami perlu mencegah perkara ini daripada menjadi lebih serius. Perkara ini penting kerana filem seram dan ganas itu memberikan impak yang besar dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai murni dan jati diri para remaja. Oleh itu, kami menggesa semua pihak yang bertanggungjawab agar mempertimbangkan permasalahan ini dan bertindak dengan tegas terhadap pengeluar filem yang tidak mematuhi spesifikasi yang telah digariskan. Unsur-unsur seram, tahyul, dan ganas yang berlebihan perlulah ditapis terlebih dahulu oleh agensi yang bertanggungjawab dalam penapisan filem ini.
Mohamad HaziqTarikh : 20 Januari 2012

(MOHD HAZIQ SYAKIR)
Pengerusi Pertubuhan Pencinta Seni
Teluk Intan, Perak
Pengerusi Pertubuhan Pencinta Seni
Teluk Intan, Perak
Comments
Post a Comment