Karangan krisis kekurangan bekalan makanan
Contoh Karangan krisis kekurangan bekalan makanan
Sejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan.
Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan yang melebihi penwaran bekalan makanan telah menyebabkan krisis ini berlaku.Dalam era moden ini,perkembangan sektor perkhidmatan terutamanya dalam bidang hotel dan restoran telan menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan seperti beras,gula dan sayur-sayuran semakin meningkat.Hal ini demikian kerana mereka ingin memenuhi kehendak setiap pelanggan dengan menyediakan pelbagai hidangan dalam menu.Ternyatalah bahawa permintaan yang tinggi menyebabkan kekurangan bekalan makanan.
Perubahan iklim yang ketara juga mendasari masalah ini.Saban hari, dunia kita mengalami perubahan iklim yang amat ketara.Sebagai contohnya,kejadian El-Nino semakin kerap berlaku dan banjir besar juga kerap melanda dunia kita.Baru-baru ini,kejadian El-Nino telah melanda Australia yang menyebabkan fenomena kebakaran hutan berlaku.Menurut statistik,kemarau terburuk yang melanda Australia telah menyusutkan pengeluaran gandum sebanyak 60 peratus.Fenomena ini telah menyebabkan bekalan gandum dunia berkurangan.Secara implisitnya,kejadian ini telah memberi impak kepada negara kita apabila harga gandum meningkat.Jelaslah bahawa perubahan iklim menyebabkan masalah ini berlaku.
Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia juga menyebabkan masalah ini berlaku.Dahulunya, stok makanan adalah melebihi permintaan sedunia.Namun demikian,setiap negara termasuk negara kita mengalami kekurangan simpanan stok makanan.Menurut statistik Bank Dunia,kadar simpanan bjirin dunia adalah pada paras terendah sejak 30 tahun.Dengan itu, kekurangan bekalan stok akan menyebabkan harga makanan seperti beras dan sayur-sayuran meningkat.Sebagai contohnya,harga pasaran global secara purata telah meningkat sebanyak 75 peratus sejak tahun 2000.Hal ini amat membebankan negara membangun dan rakyatnya kerana terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi.Oleh itu,jelaslah bahawa kekurangan stok makanan mendasari masalah ini.
Di samping itu, pembangunan tanah terbiar juga menangani masalah ini.Terdapat banyak kes tentang tanah yang terbiar terutamanya di Kelantan.Jika tanah terbiar ini tidak diusahakan,maka negara kita akan menghadapi masalah kekurangan tanah untuk penanaman padi,kelapa sawit dan sayur-sayuran.Oleh itu,jika tanah inii diusahakan dengan betul,maka kawasan tersebut tidak akan menjadi kawasan yang tidak berguna.Menurut kajian,selepas usaha ini dijalankan,negeri Kelantan mengalami peningkatan lebih 1000 hektar kawasan tanaman padi.Hal ini bukan sahaja mampu meningkatkan hasil pengeluaran bekalan makanan,malahan mengurangkan import negara.Jelaslah bahawa pembangunan tanah terbiar mampu mengatasi kemelut ini.
Peranan pihak bank juga penting dalam mengatasi masalah ini. Pihak bank seharusnya membantu para petani dengan melonggarkan syarat pinjaman kepada mereka.Kebanyakan para petani terdiri daripada golongan miskin.Oleh itu,dengan melonggarkan syarat pinjaman,mereka mampu mempunyai modal untuk mengusahakan hasil tanaman mereka.Skim pembayaran balik pinjaman pula haruslah dilakukan pada waktu menuai kerana pada masa inilah petani memperoleh keuntungan daripada hasil tuaian.Dengan itu,para petani tidak akan terasa tertekan dengan pinjaman mereka.Bukan itu sahaja,dengan keuntungan yang diperoleh,mereka dapat membeli jentera yang canggih,seterusnya meningkatkan produktiviti mereka.Ternyatalah bahawa masalah ini dapat diatasi melalui peranan pihak bank.
Comments
Post a Comment