Krisis Kekurangan Bekalan Makanan
Karangan Tentang Krisis Kekurangan Bekalan Makanan
Contoh Karangan Krisis Kekurangan Bekalan Makanan
Sejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan.
Salah
satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan
permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita
mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus
setahun.Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan
meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan terhadap
bekalan makanan yang melebihi penwaran bekalan makanan telah menyebabkan
krisis ini berlaku.Dalam era moden ini,perkembangan sektor perkhidmatan
terutamanya dalam bidang hotel dan restoran telan menyebabkan
permintaan terhadap bekalan makanan seperti beras,gula dan sayur-sayuran
semakin meningkat.Hal ini demikian kerana mereka ingin memenuhi
kehendak setiap pelanggan dengan menyediakan pelbagai hidangan dalam
menu.Ternyatalah bahawa permintaan yang tinggi menyebabkan kekurangan
bekalan makanan.
Perubahan
iklim yang ketara juga mendasari masalah ini.Saban hari, dunia kita
mengalami perubahan iklim yang amat ketara.Sebagai contohnya,kejadian
El-Nino semakin kerap berlaku dan banjir besar juga kerap melanda dunia
kita.Baru-baru ini,kejadian El-Nino telah melanda Australia yang
menyebabkan fenomena kebakaran hutan berlaku.Menurut statistik,kemarau
terburuk yang melanda Australia telah menyusutkan pengeluaran gandum
sebanyak 60 peratus.Fenomena ini telah menyebabkan bekalan gandum dunia
berkurangan.Secara implisitnya,kejadian ini telah memberi impak kepada
negara kita apabila harga gandum meningkat.Jelaslah bahawa perubahan
iklim menyebabkan masalah ini berlaku.
Kemerosotan
simpanan stok makanan sedunia juga menyebabkan masalah ini
berlaku.Dahulunya, stok makanan adalah melebihi permintaan sedunia.Namun
demikian,setiap negara termasuk negara kita mengalami kekurangan
simpanan stok makanan.Menurut statistik Bank Dunia,kadar simpanan bjirin
dunia adalah pada paras terendah sejak 30 tahun.Dengan itu, kekurangan
bekalan stok akan menyebabkan harga makanan seperti beras dan
sayur-sayuran meningkat.Sebagai contohnya,harga pasaran global secara
purata telah meningkat sebanyak 75 peratus sejak tahun 2000.Hal ini amat
membebankan negara membangun dan rakyatnya kerana terpaksa menanggung
kos perbelanjaan yang tinggi.Oleh itu,jelaslah bahawa kekurangan stok
makanan mendasari masalah ini.
Setiap
penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada penyelesaiannya. Dengan
itu,salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah memajukan sektor
pertanian.Sektor pertanian yang dahulunya diabaikan harus dibangunkan
untuk menghasilkan bekalan makanan seperti beras dalam kuantiti yang
banyak.Kerajaan haruslah mengusahakan aktiviti ini ke arah produktiviti
yang berskala besar.Hal ini supaya keperluan tempatan dan eksport dapat
ditampung di samping mengelakkan berlakunya peningkatan harga
makanan.Perkongsian pintar dan penyelarasan operasi seperti jentera dan
infrasttruktur dapat dikongsi antara petani untuk memajukan aktiviti
pertanian yang diusahakan oleh mereka.Ternyatalah bahawa perkembangan
sektor pertanian mampu mengatasi masalah ini.
Di
samping itu, pembangunan tanah terbiar juga menangani masalah
ini.Terdapat banyak kes tentang tanah yang terbiar terutamanya di
Kelantan.Jika tanah terbiar ini tidak diusahakan,maka negara kita akan
menghadapi masalah kekurangan tanah untuk penanaman padi,kelapa sawit
dan sayur-sayuran.Oleh itu,jika tanah inii diusahakan dengan betul,maka
kawasan tersebut tidak akan menjadi kawasan yang tidak berguna.Menurut
kajian,selepas usaha ini dijalankan,negeri Kelantan mengalami
peningkatan lebih 1000 hektar kawasan tanaman padi.Hal ini bukan sahaja
mampu meningkatkan hasil pengeluaran bekalan makanan,malahan
mengurangkan import negara.Jelaslah bahawa pembangunan tanah terbiar
mampu mengatasi kemelut ini.
Peranan
pihak bank juga penting dalam mengatasi masalah ini. Pihak bank
seharusnya membantu para petani dengan melonggarkan syarat pinjaman
kepada mereka.Kebanyakan para petani terdiri daripada golongan
miskin.Oleh itu,dengan melonggarkan syarat pinjaman,mereka mampu
mempunyai modal untuk mengusahakan hasil tanaman mereka.Skim pembayaran
balik pinjaman pula haruslah dilakukan pada waktu menuai kerana pada
masa inilah petani memperoleh keuntungan daripada hasil tuaian.Dengan
itu,para petani tidak akan terasa tertekan dengan pinjaman mereka.Bukan
itu sahaja,dengan keuntungan yang diperoleh,mereka dapat membeli jentera
yang canggih,seterusnya meningkatkan produktiviti mereka.Ternyatalah
bahawa masalah ini dapat diatasi melalui peranan pihak bank.
Kesimpulannya,
krisis kekurangan bekalan makanan sememangnya membimbangkan kerajaan
dan juga rakyat.Hal ini kerana kemelut ini amat merugikan negara kita
dari segi ekonomi dan sosial.Makanan seperti beras amatlah penting
kepada kehidupan manusia dan negara kita.Makanan membekalkan zat kepada
manusia dan menjana pendapatan kepada negara.Oleh itu,krisis kekurangan
bekalan makanan haruslah diatasi secara kolektif demi kepentingan
bersama.
Comments
Post a Comment