Baik Buruk Ipad/Android Terhadap Kanak-Kanak
Contoh Baik Buruk Ipad/Android Terhadap Kanak-Kanak
Kehadiran
teknologi seperti ipad yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada
masa kini bukan sahaja terkesan bagi golongan dewasa, malahan juga
dapat mempengaruhi cara pendidikan awal kanak kanak. Ibu bapa juga
bersetuju teknologi boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan dan
hiburan kepada anak- anak. Namun secara tidak sedar, seperti juga
perkara lain, jika pendedahan kepada ipad dan android samada internet,
games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap golongan kanak
kanak, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi
perkembangan minda dan fizikal kanak kanak, ia boleh mendatangkan kesan
sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik.
Kesan Buruk
1. Menganggu waktu tidur
Mendapat
tidur yang cukup begitu mencabar bagi anak-anak yang selalu sibuk pada
masa kini kerana sering mempunyai kerja rumah dan aktiviti selepas
sekolah dalam hari-hari biasa dan aktiviti kurikulum dan sukan pada
hujung minggu. Tambahan pula, jika tempoh bermain ipad dan android
kira-kira puratanya sehingga 3 hingga 4 jam sehari, menurut “American
Academy of Child and Adolescent Psychiatry” mereka mempunyai resepi
untuk kekurangan tidur yang serius. Selain itu, rangsangan elektronik,
seperti daripada menggunakan komputer,ipad, telah dibuktikan boleh
mengganggu waktu tidur (ketika hendak tidur, dan selepas waktu tidur).
Mereka terlalu leka dengan aplikasi didalam ipad tersebut.
2. Mengurangkan waktu bersama keluarga dan interaksi bersama.
Apabila
kita menggunakan teknologi seperti komputer, ipad, permainan, dan
televisyen, kita tidak berinteraksi bersama-sama. Ia boleh menyukarkan
untuk keluarga mencari masa yang berkualiti dan baik untuk menghabiskan
waktu bersama dan berinteraksi bersama sama. Ibu bapa mungkin mahu
mengelakkan seberapa banyak yang mungkin perkara tersebut dari terjadi.
Walaupun ia boleh menjadi seronok untuk menonton sebuah filem di waktu
malam bersama keluarga atau bermain permainan video bersama-sama,
hakikatnya adalah bahawa ia mengurangkan waktu berinteraksi bersemuka
bersama sama yang boleh menjadikan anak anda lebih pasif atau kurang
bercakap.
3.Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat
Kajian
telah menunjukkan bahawa masa yang di habiskan terlalu banyak di
hadapan ipad,televisyen, Tablet, Laptop dan sebagainya boleh menyebabkan
masalah kurangnya perhatian.
4.Mengganggu prestasi disekolah
Berdasarkan
kajian, Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa dengan ipad lebih
cenderung untuk mempunyai gred lebih rendah dan kurang membaca
buku-buku.
5. Kurang aktiviti fizikal.
Boleh
menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada masalah obesiti pada
kanak-kanak yang menonton atau menggunakan teknologi seperti ipad secara
berlebihan.
6. Mendedahkan anak-anak dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.
Banyak
video yang boleh dimasukkan kedalam ipad tersebut yang menggambarkan
seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan
alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk
tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan
lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh
menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
Kesan Baik
Kanak-kanak
2-6 tahun peringkat pra operasi masih mengunakan deria (penglihatan dan
pendengaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat
Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak kanak (immediate
perception) Pengetahuan kanak- kanak boleh dibina melalui interaksi
dengan persekitaran atau bahan Mengetahui apa yang betul dan apa yang
salah dan apa yang betul.
1. Dapat mengikuti perkembangan teknologi
Kini
kanak-kanak dibesarkan dengan pemainan video dalam ipad dan jarang
sekali mereka bermain diluar rumah seperti dahulu kala iaitu bermain
permainan tradisional. Oleh itu, kanak-kanak dapat mengikuti
perkembangan teknologi dan permainan terkini dalam ipad tersebut.
2.Dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat menggunakan teknologi
Meningkatkan
motivasi terhadap kanak-kanak serta membolehkan pembelajaran kendiri,
mengakses maklumat yang sukar diperolehi, Mewujudkan suasana
pembelajaran seronok dan mencabar meningkatkan kreativiti dan imaginasi
pembelajaran berkesan dengan bimbingan ibubapa.
3.Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.
Kanak-kanak
dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka dengan menggunakan
ipad. Perisian di dalam ipad dapat lebih menarik kerana bercorak
intetraktif.
4.Dapat mengikuti perkembangan video game
Kanak-kanak
tidak akan cepat merasa boring dan tidak keluar rumah seandainya
terdapat permainan video game yang terbaru. Ibubapa tidak mudah merasa
resah apabila keluar rumah kerana rasa selamat akan keselamatan
kanak-kanak. Ini kerana mereka leka bermain video game dan tidak
merengek untuk keluar rumah.
5. Bahan dapat digunakan berulangkali
Kanak-kanak
boleh merekod suasana pembelajaranya di tabika. Kemudian kanak-kanak
tersebut dapat menonton kembali video tersebut. Ini akan mempercepatkan
lagi pembelajaran mereka.
6. Meningkatkan prestasi akademik
Belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu melalui ipad.
Comments
Post a Comment